Cari @ Amanz

Honor V8Huawei baru-baru ini telah melancarkan Huawei P9 dengan dwi-kamera pada bahagian belakang. Kini, anak syarikat Huawei, iaitu Honor turut dalam persiapan untuk melancarkan peranti dengan dwi-kamera mereka, iaitu Honor V8.

Ini bukan kali pertama Honor memperkenalkan peranti dwi-kamera. Sebelum ini, mereka telah hadir dengan Honor 6 Plus yang menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Honor V8 ini berkemungkinan adalah kemaskini untuk keluarga Honor 7 sebelum ini, ataupun mungkin juga adalah peranti keluarga baru dibawah jenama Honor. Tiada maklumat berkaitan spesifikasi dan sebagainya diketahui buat masa ini.

Melalui laman rasmi Honor China, mereka memperlihatkan peranti baru inni bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Mei 2016 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd