Viber Turut Mengaktifkan Sokongan Penyulitan Penuh Dan Fungsi Perbualan Tersembunyi

Viber Turut Mengaktifkan Sokongan Penyulitan Penuh Dan Fungsi Perbualan Tersembunyi

Diterbitkan pada Apr 20, 2016 oleh .

Sokongan penyulitan merupakan salah satu fungsi yang telah tersedia pada beberapa perkhidmatan permesejan di pasaran. Namun, sejak WhatsApp memperkenalkannya secara menyeluruh, ia telah menjadi salah satu fokus pengguna dan ramai yang inginkan ia pada pelbagai perkhidmatan lain.

Terkini, Viber turut telah mengaktifkan sokongan penyulitan penuh pada perkhidmatan mereka, membolehkan semua pengguna melindungi privasi mereka, dan mengelak mesej mereka dibaca oleh pihak ketiga.

Viber Hidden Chat

Disamping fungsi penyulitan, pihak Viber turut memperkenalkan sebuah fungsi baru, iaitu Hidden Chat. Melaluinya, pengguna boleh memulakan perbualan degan rakan-rakan di Viber, dan menyembunyikannya daripada paparan pada skrin perbualan utama. Tiada siapa yang tahu mengenai perbualan berkenaan, selain daripada pengguna tersebut sendiri.

Pengguna boleh mengaktifkan Hidden Chat dengan swipe ke kiri atas sesuatu chat, dan seterusnya memilih Hide dan memasukkan kata laluan khusus.

Pengguna boleh menikmati fungsi penyulitan penuh dan sokongan Hidden Chat ini dengan mengemaskini aplikasi mereka kepada versi terbaru hari ini.


TIPS & ULASAN