Celcom Home Broadband Diperkenalkan – Pakej Jalur-Lebar 10Mbps Pada Harga RM145 Sebulan

Celcom Home Broadband Diperkenalkan – Pakej Jalur-Lebar 10Mbps Pada Harga RM145 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 21, 2016 oleh .

Celcom hari ini telah memperkenalkan pakej pascabayar Celcom First Platinum dengan data sehingga 18GB pada harga RM150 sebulan. Dan bersama-sama dengan pengumuman pakej baru berkenaan, Celcom turut memperkenalkan pakej jalur-lebar untuk pengguna rumah, dinamakan sebagai Celcom Home Broadband.

Celcom Home Broadband

Celcom Home Broadband menawarkan kelajuan sehingga 10Mbps dengan tanpa had kuota pada harga langganan RM145 sebulan. Menariknya, Celcom menawarkan diskaun sehingga 50% untuk pelanggan FIRST Platinum dan FIRST Gold untuk tempoh 6 bulan pertama. Ini sekaligus membolehkan para pengguna menikmati pakej ini pada harga RM72.50 untuk pakej 10Mbps.

Celcom Home Broadband

Seperti biasa, Celcom menyediakan modem percuma dengan langganan pakej jalur-lebar, dan pelanggan tertakluk untuk kontrak langganan selama 24 bulan. Celcom hanya menawarkan modem secara percuma untuk tempoh terhad sahaja, dan sekiranya tidak, pelanggan akan tertakluk kepada bayaran RM10 sebulan.

Buat masa ini, Celcom Home Broadband hanya ditawarkan untuk pelanggan di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja. Menurut Celcom, mereka akan menawarkan pakej yang lebih pantas dan turut akan memperluaskan ia kepada lebih kawasan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN