Cari @ Amanz

Google Keep merupakan salah satu perkhidmatan daripada Google yang memudahkan pengguna membuat catatan nota pantas. Terkini, Google memperkenalkan sebuah pemalam untuk Chrome bagi memudahkan pengguna untuk menyimpan pautan, teks dan juga gambar.

Google Keep Chrome

Pengenalan pemalam baru ini adalah sedikit berbeza dengan pemalam Google Keep yang lagi satu yang beroperasi sebagai sebuah aplikasi, sebaliknya untuk pemalam Google Keep baru ini, ia diposisikan bersebelahan dengan bar alamat untuk memudahkan pengguna membuat simpanan sesuatu pautan terus ke Google Keep.

Disamping itu, pengguna turut boleh klik-kanan pada sebarang teks dan gambar, serta memilih untuk menyimpannya pada Google Keep.

Pada masa yang sama, kini dalam usaha untuk memudahkan pengurusan nota yang disimpan, pihak Google turut menyertakan fungsi Label pada Google Keep – dan boleh dilakukan dengan menggunakan hashtag.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd