Cari @ Amanz

Opera telah sedia menyertakan beberapa fungsi memfokuskan privasi pada pelayar web mereka sebelum ini, dan terkini, melalui pelayar web versi pembangunan mereka yang terbaru, Opera 38 Dev, mereka turut menyertakan sokongan VPN secara terbina pada pelayar web mereka.

VPN atau Virtual Private Network membolehkan pengguna lebih melindungi privasi mereka, termasuk menyembunyikan alamat IP daripada laman web, disamping turut boleh mengakses kandungan yang terhalang dengan memintas halangan firewall.

Opera 38 VPN

Opera menjadi pelayar web pertama yang mengintegrasikan VPN secara terbina, dan menawarkan penggunaan data tanpa had secara percuma. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmatinya tanpa sebarang bayaran tambahan atau keperluan untuk memuat-turun pemalam tambahan.

Fungsi baru ini sedang diuji pada peringkat pembangunan, dan akan hadir pada versi stabil pelayar web berkenaan dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd