Konsep eMac 2016 Mengembalikan Semula Rekaan Klasik Untuk Genarasi Baru

Konsep eMac 2016 Mengembalikan Semula Rekaan Klasik Untuk Genarasi Baru

Diterbitkan pada Apr 21, 2016 oleh .

Apple eMac ialah komputer Macintosh pertama yang kami gunakan. Ia diletakkan di makmal multimedia kolej dan digunakan di dalam kelas suntingan video. Rekaan komputer ini pada hemat kami adalah amat cantik dan kemas. Ia dihasilkan dari tahun 2002 hingga 2006 khas untuk kegunaan sektor pendidikan. Ia amat popular di kolej yang menawarkan pengajian multimedia kerana kelihatan cool dan hadir dengan sambungan FireWire terbina untuk  mempercepatkan proses memuat turun video terus dari pita MiniDV. Sudah hampir sedekad ia dihentikan dan digantikan dengan iMac tetapi ramai (termasuk diri kami sendiri) yang masih mahu ia kembali di pasaran.

7

Di atas ialah konsep eMac 2016 yang dihasilkan oleh Curbed. Mereka membayangkan bagaimanakah rupa komputer kompak ini sekiranya Apple mahu mengembalikannya ke pasaran. Kerana skrin CRT sudah tidak lagi digunakan, penutup besar pada bahagian belakang eMac tidak lagi diperlukan. Sebaliknya skrin LCD biasa sudah memadai dengan kesemua komponen komputer terletak pada bahagian tapak.

Pembesar suara stereo masih lagi di hadapan di bawah paparan LCD. Talam CDRom yang dahulunya di bahagian hadapan tidak lagi disertakan kerana medium ini sudah boleh dianggap ketinggalan zaman.  Empat pilihan warna diberikan iaitu hitam, putih, biru, perak dan emas merah jambu. sekiranya anda pernah memiliki atau menggunakan eMac suatu ketika dahulu apakah pendapat anda tentang konsep ini?

eMac-2016-concept-780x445


TIPS & ULASAN