Pelan Pascabayar MaxisONE Plan Baru Tertiris – Akan Dilancarkan Esok

Pelan Pascabayar MaxisONE Plan Baru Tertiris – Akan Dilancarkan Esok

Diterbitkan pada Apr 21, 2016 oleh .

Baca : Pelan MaxisONE Plan telah diumumkan secara rasminya.

Maxis telah menerima impak negatif baru-baru ini disebabkan oleh penawaran berbeza untuk pelan pascabayar mereka. Untuk mengatasinya, mereka telah mengumumkan penawaran data percuma tambahan untuk pelanggan sedia ada, disamping bakal memperkenalkan pelan pascabayar baru secara rasminya esok, 22 April.

Tetapi, seperti biasa, kini info berkaitan dengannya telah pun tertiris ke arena web, memperlihatkan apakah yang bakal ditawarkan oleh Maxis melalui pakej MaxisONE Plan mereka.

MaxisOne Baru

Daripada bahan promosi yang tertiris, Maxis dilihat akan menawarkan empat pakej, iaitu MaxisONE Plan 98, MaxisONE Plan 128, MaxisONE Plan 158 dan juga MaxisONE Plan 188.

Ke semua MaxisONE Plan akan menawarkan panggilan dan SMS tanpa had. Apa yang membezakan adalah penawaran data, dimana untuk MaxisONE Plan 98 adalah 5GB data, MaxisOne Plan 128 dengan 10GB data, MaxisONE Plan 158 dengan 15GB data dan MaxisONE Plan 188 dengan 20GB data.

Pihak Maxis juga turut menyertakan penawaran MaxisONE Share, membolehkan pengguna menambah talian dibawah talian utama. Pada harga tambahan RM48, pengguna boleh menambah satu talian tambahan dengan panggilan tanpa had, SMS tanpa had dan data 5GB. Maxis juga dilihat akan menawarkan data percuma sebanyak 5GB untuk digunakan pada perkhidmatan penstriman video seperti iFlix. Namun, ini hanya terhad untuk 4 bulan pertama untuk talian utama sahaja.

Maxis bakal mengumumkan pakej baru mereka secara rasminya esok, dan mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran mereka ini pada pagi esok.

MaxisOne Plan

Baca : Pelan MaxisONE Plan telah diumumkan secara rasminya.


TIPS & ULASAN