Sistem Operasi Ubuntu 16.04 LTS (Xenial Xerus) Sedia Untuk Dimuat-Turun

Sistem Operasi Ubuntu 16.04 LTS (Xenial Xerus) Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Apr 21, 2016 oleh .

Ubuntu 16.04Dalam pelbagai sistem operasi Linux, salah satu yang popular dan mempunyai sokongan komuniti yang meluas adalah Ubuntu. Terkini, hari ini pembangunnya telah memperkenalkan sistem operasi Ubuntu versi terkini dengan sokongan jangka masa panjang, iaitu Ubuntu 16.04 Xenial Xerus.

Dengan sokongan jangka masa panjang, pihak pembangun Ubuntu akan menyokongnya dengan pelbagai kemaskini semasa selama lebih kurang 5 tahun lamanya.

Ubuntu 16.04 kini menyertakan antaramuka desktop Unity 7.4 yang menawarkan lebih privasi berbanding sebelumnya. Disamping itu, Ubuntu Software Center telah dibuang, dan digantikan dengan GNOME Software Application. Dengan versi terkini kernel Linux, ia juga kini menawarkan lebih sokongan kepada hardware terkini – terutamanya cipset Intel Skylake yang terkini.

Seperti biasa juga, pihak pembangun Ubuntu menyertakan pelbagai versi terkini perisian bersama-sama sistem operasi mereka, dan ada sebahagian yang telah digantikan dengan penawaran alternatif.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu 16.04 LTS hari ini secara percuma dan memasangnya pada komputer anda.

Muat-Turun Ubuntu 16.04 LTS


TIPS & ULASAN