Acer Hadir Dengan Komputer Riba Seumpama Surface, Dilengkapi Penyejukan Cecair

Acer Hadir Dengan Komputer Riba Seumpama Surface, Dilengkapi Penyejukan Cecair

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Acer merupakan salah satu jenama yang tidak asing dalam peranti perkomputeran. Mereka sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti hibrid dua-dalam-satu, dan terkini, melalui sebuah acara khas, Acer turut memperkenalkan penawaran terbaru mereka dinamakan Acer Switch Alpha 12.

Acer Switch Alpha 12

Acer Switch Alpha 12 membawakan rekaan papan kekunci yang boleh ditanggalkan – lebih kurang sama seperti Surface. Seperti penggunaan angka pada nama, peranti ini membawakan skrin bersaiz 12-inci pada resolusi 2160×1440 pixel, serta bahagian belakang yang boleh ditegakkan untuk mendirikan ia apabila dihubungkan kepada papan kekunci.

Acer Switch Alpha 12 ini dijana menggunakan cip Intel Core (Skylake), dan dikatakan menawarkan pengoperasian yang senyap. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan penyejukan berasaskan cecair didalam peranti ini.

Harga jualan tempatan untuk peranti ini masih tidak diketahui lagi. Dengan penawaran peranti Acer sebelum ini, kita boleh menjangkakan harga yang kompetitif, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada mereka yang tidak mampu mendapatkan Surface Pro 4.


TIPS & ULASAN