Gambar Xiaomi Max Tertiris Dengan Rekaan Menghampiri Mi 5

Gambar Xiaomi Max Tertiris Dengan Rekaan Menghampiri Mi 5

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Xiaomi dikhabarkan akan melancarkan phablet Xiaomi Max mereka bulan hadapan. Ia akan dilengkapi skrin sebesar 6.4″ dan diperkasakan pemproses Snapdragon 820. Skrin peranti turut dikatakan menyokong resolusi QHD. Phablet ini mensasarkan pengguna yang merasakan Mi 5 dengan skrin 5.2″ adalah terlalu kecil. Kini sebuah gambar janaan 3D yang dikatakan adalah Xiaomi Max tertiris. Dari segi rekaan ia berkongsi banyak persamaan dengan Mi 5.

Xiaomi-Max-TertirisTerdapat butang home fizikal pada dagu peranti yang mempunyai pengimbas cap jari terbina. Butang kuasa dan suara terletak pada sisi sebelah kiri. Kedudukan kamera juga kekal pada bucu sebelah kiri panel belakang. Seperti Mi 5, Max akan turut akan mempunyai tubuh diperbuat sepenuhnya daripada logam. Apakah pendapat anda mengenai rekaan Xiaomi Max? Menarik ataupun terlalu banyak persamaan dengan Mi 5?


TIPS & ULASAN