Lapan Individu Ditahan Kerana Mengatur Perlawanan Starcraft II di Korea Selatan

Lapan Individu Ditahan Kerana Mengatur Perlawanan Starcraft II di Korea Selatan

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Umum kita ketahui permainan Starcarft II adalah amat popular di Korea Selatan. Negara kelahiran K-Pop ini adalah negara pertama yang mengambil serius kerjaya sebagai atlet e-sukan dan mempunyai saluran khas  24 jam khas yang menunjukkan hanya acara e-sukan. Sesuai dengan status sebagai e-sukan profesional, pihak berkuasa Korea Selatan mengambil tindakan tegas menahan lapan individu yang disyaki mengatur perlawanan di sebuah pertandingan Starcraft II.

Starcraft-2Dua orang  pemain didakwa menerima suapan 70 000 000 Won (~RM 240000) dan 35 000 000 Won (~RM 120000)  setiap satu untuk sengaja kalah di dalam pertandingan tersebut. Di Korea Selatan adalah normal untuk meletakkan taruhan ke atas keputusan perlawanan e-sukan. Seperti di Malaysia, apabila pihak bookie mula terlibat di dalam sukan pelbagai keputusan yang mencurigakan mula dikesan pihak berkuasa.

Sejak dua tahun kebelakangan ini terdapat ramai pemain Starcraft II ditahan di Korea Selatan kerana disyaki mengatur perlawanan mereka. Antara yang pernah ditahan-ialah Lee “Life” Seung Hyun, juara dunia Starcaft II tahun 2014. Masalah ini juga sudah menular ke negara kita apabila pasukan Arrow diharamkan dari menyertai sebarang pertandingan selepas didapati mengatur perlawana DoTA 2 pada tahun 2014.


TIPS & ULASAN