Permainan Crossy Road Kini Membolehkan Anda Memainkan Bersama Rakan Anda Pada Waktu Sama

Permainan Crossy Road Kini Membolehkan Anda Memainkan Bersama Rakan Anda Pada Waktu Sama

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Sokongan multiplayer pada sesuatu permainan merupakan salah satu perkara yang diminati ramai. Terkini, salah satu permainan mudah-alih kasual yang popular, iaitu Crossy Road telah pun menyertakan sokongan multiplayer pada permainan mereka.

Crossy Road Multiplayer

Bagi yang tidak mengenali akan permainan Crossy Road, ia menawarkan permainan yang memerlukan pengguna mengawal watak untuk melintas dari satu jalan ke jalan yang lain, dan pada masa yang sama mengelak daripada pelbagai halangan dan juga kenderaan. Ia menjadi semakin mencabar apabila pengguna semakin lama memainkannya.

Untuk memainkan ia dalam bentuk multiplayer, pengguna perlu berhubung ke rangkaian WiFi yang sama, dan ia membolehkan pengguna memainkan antara 2 ke 4 rakan pada waktu yang sama.

Muat-Turun Crossy Road untuk Android


TIPS & ULASAN