Pictar – Kerangka Yang Memudahkan iPhone Digunakan Sebagai Kamera

Pictar – Kerangka Yang Memudahkan iPhone Digunakan Sebagai Kamera

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Kerangka khas untuk mengubah telefon pintar menjadi kamera bukanlah idea baru. Sejak peranti pintar memintas kamera konvensional sebagai peranti pilihan untuk mengambil gambar, pelbagai kerangka dan cagak dihasilkan bagi memudahkan proses mengambil gambar menggunakannya. Malahan pengeluar peranti sendiri menyedari hakikat ini dan menghasilkan aksesori khas. Sebagai contoh ialah kerangka Camera Grip Nokia 1020 dan modul LG  Cam Plus untuk LG G5. Pictar ialah sebuah lagi kerangka dengan fungsi serupa yang direka khas untuk Apple iPhone.

Pictar Kerangka 1Kerangka ini berfungsi dengan menggunakan audio berfrekuensi tinggi dan bukannya Bluetooth. Ini digunakan kerana dikatakan lebih menjimatkan bateri. Peranti iPhone hanya perlu ditolak masuk ke dalam Pictar dan ia kini aksi mengambil gambar, melaraskan zoom dan mengawal parameter aplikasi kamera dapat dilakukan terus menggunakan butang pada kerangka ini. Terdapat juga butang khas yang mengubah penggunaan kamera dari belakang ke hadapan. Turut disertakan ialah cagak untuk tripod dan hot shoe untuk flash tambahan.

Pictar menyokong iPhone 4 hinggalah iPhone 6S. Tiada sokongan untuk 6 Plus dan 6S Plus buat masa ini. Pictar masih mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh ditempah pada harga $90 (~RM 351) sebuah.


TIPS & ULASAN