Robomintoner – Robot Pintar Bermain Badminton Dihasilkan Di China

Robomintoner – Robot Pintar Bermain Badminton Dihasilkan Di China

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Badminton ialah sukan yang kerap meningkatkan semangat patriotisme di Malaysia. Kejayaan pemain dan skuad negara di arena antarabangsa membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia. Misbun Sidek, Foo Kok Keong, Rashid Sidek dan Lee Chong Wei ialah nama pemain yang cukup dikenali kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. Malang sekali bagi negara kita, pemain pelapis menggantikan Lee Chong Wei masih belum ada yang setanding dengan beliau.

Di China mereka bukan sahaja giat mencari pengganti Lin Dan, mereka telahpun berjaya menghasilkan robot yang mampu bermain Badminton sehandal juara Olimpik sebanyak dua kali ini. Robomintoner ialah robot yang direka oleh sebuah syarikat di Chengdu. Robot ini direka untuk kegunaan latihan mereka yang mahu memperbaiki mutu permainan secara seroang diri. Menurut pereka robot ini mampu bergerak pada kelajuan 4 meter sesaat dan mengembalikan 80% bulu tangkis yang dipukul ke arahnya. Ia akan dijual di China pada bulan hadapan. Harga jualan masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN