Carian
Penggunaan Aplikasi Sosial Seperti WhatsApp Dikatakan Menganggu Psikologi Penjawat Awam
April 22, 2016 Aman

Era digital masa kini membuatkan ramai yang sering terpaut dengan telefon pintar mahupun komputer, dan sering melayari internet dan laman sosial pada bila-bila masa. Walaupun terdapat beberapa kebaikkan daripadanya, namun, pada masa yang sama juga ia mempunyai kesan negatif.

Kini, menurut seorang senator, penggunaan aplikasi media sosial sebagai saluran komunikasi untuk sesuatu jabatan kerajaan dikhuatiri membawa kesan psikologi terhadap penjawat awam.

Ia dikatakan menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat. Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa jabatan yang menggunakan ia sebagai saluran komunikasi bersama pekerja, dan ini sekaligus memberikan tekanan apabila mereka turut berkomunikasi di luar waktu kerja.

Perkara ini boleh dikatakan bukan sahaja menjejaskan pengguna pekerja awam, tetapi juga swasta. Malah memandangkan penggunaan seperti pada WhatsApp Group tidak boleh menyembunyikan diri apabila mesej telah dibaca turut membawa kepada tekanan yang lebih tinggi dikalangan pekerja.

Terdapat beberapa kes yang memperlihatkan pekerja terpaksa turut membalas kepada permintaan pengurus dan sebagainya pada waktu luar pejabat, terutamanya ketika waktu malam atau cuti – sekaligus menjejaskan masa bersama keluarga.

Mungkin ini adalah sebab kenapa masih ada yang tidak begitu gemar menggunakan telefon pintar – malah ada yang mengasingkan nombor telefon untuk kegunaan waktu pejabat dan sebaliknya.

Komen