ZUK Z2 Pro Diperkenalkan Dengan Memori Sehingga 6GB RAM, Dan Storan Sehingga 128GB

ZUK Z2 Pro Diperkenalkan Dengan Memori Sehingga 6GB RAM, Dan Storan Sehingga 128GB

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Zuk merupakan salah satu jenama pengeluar peranti yang dimiliki oleh Lenovo. Selepas memperkenalkan telefon pintar pertama, Zuk Z1 pada tahun lepas, kini mereka hadir dengan satu lagi peranti baru, dinamakan sebagai Zuk Z2 Pro.

Seperti kebanyakkan telefon pintar lain, ia dijana dengan sistem operasi Android, dan menawarkan spesifikasi yang tinggi.

ZUK Z2 Pro

Zuk Z2 Pro menggunakan cip Snapdragon 820, dilengkapi memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Versi asas menyertakan memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB.

Telefon pintar dengan skrin bersaiz 5.2-inci ini turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel OIS, dan juga sokongan bateri 3100mAh. Dengan pelbagai spesifikasi terkini, ia turut menyertakan pengecas berasaskan USB Type-C dengan sokongan USB 3.1.

ZUK Z2 Pro

Tidak ketinggalan juga adalah pengimbas cap jari untuk sekuriti tambahan dan memudahkan pengguna mengakses peranti.

Zuk Z2 Pro ini akan dijual di pasaran China terlebih dahulu. Ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dipasarkan pada peringkat global.


TIPS & ULASAN