Ubuntu 16.10 Akan Dikenali Dengan Nama Kod “Yakkety Yak”

Ubuntu 16.10 Akan Dikenali Dengan Nama Kod “Yakkety Yak”

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Sudah menjadi kebiasaan untuk pembangun Ubuntu mengumumkan nama kod untuk versi akan datang selepas melancarkan sesuatu versi baru. Kini, selepas melancarkan Ubuntu 16.04 semalam, pihak pembangunnya telah pun mengumumkan nama kod untuk versi akan datang, iaitu Yakkety Yak.

Ubuntu 16.10 seterusnya akan hadir pada bulan Oktober, dan masih tidak diketahui lagi apakah yang akan disertakan olehnya.

Mark Shuttleworth mengumumkan penggunaan nama kod baru ini melalui blog peribadi beliau – dan pasukan pembangun Ubuntu dijangka membuat visi dan apa yang ingin dicapai oleh Ubuntu 16.10 dalam beberapa minggu lagi.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan pemilihan nama kod baru ini?


TIPS & ULASAN