Komputer Riba Acer S 13 Hadir Membawakan Rekaan Yang Nipis Dan Elegan

Komputer Riba Acer S 13 Hadir Membawakan Rekaan Yang Nipis Dan Elegan

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Disamping memperkenalkan komputer riba hibrid dan permainan, pihak Acer juga turut telah memperkenalkan satu lagi komputer riba berasaskan sistem operasi Windows 10, iaitu Acer S13.

Melalui siri “S”, Acer sebelum ini telah hadir dengan rekaan yang elegan dan berharap untuk mencuri para peminat komputer riba seperti Macbook Air.

Acer S 13

Melalui Acer S13, ia membawakan skrin bersaiz 13-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-6. Ia hadir dalam tiga variasi pilihan, iaitu Core i3, Core i5, dan juga Core i7.

Disamping itu, pengguna boleh mendapatkan memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan sehingga 512GB SSD. Seperti pelbagai komputer riba terkini, ia juga hadir dengan port USB Type-C, selain turut hadir menyertakan dua port USB 3.0 dan HDMI.

Acer S13 ini hanya setebal 0.57-inci sahaja, dan membawakan berat sebanyak 1.42kg.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah komputer riba Acer terbaru ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN