Unifi Mengumumkan Kerja Baik-Pulih Kabel Dasar Laut Antarabangsa Kini Selesai

Unifi Mengumumkan Kerja Baik-Pulih Kabel Dasar Laut Antarabangsa Kini Selesai

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

Bulan Mac lalu berlaku gangguan kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia. Akibatnya kelajuan internet pelanggan mengalami kemerosotan mendadak sehingga penstriman pada resolusi 360P menggunakan YouTube sekalipun gagal dilakukan. Pihak TM segera mengumumkan kerja baik pulih kabel Asia Submarine Cable Express (ASE) yang mengalami kerosakan telah dilakukan dan mengambil masa sebulan untuk diselesaikan.

Kabel ASETerkini, TM mengesahkan bahawa kerja bagi pulih kabel ASE ini selesai sepenuhnya 13 April yang lalu. Pada waktu yang sama kerja baik pulih dan penyelenggaraan ke atas kabel Asia Pacific Cable Network 2 (APCN 2), South East Asia – Japan Cable (SJC) dan South East Asia – Middle East – Western Europe 4 (SEA-ME-WE 4)  juga telah diselesaikan dengan jayanya. Sehubungan dengan itu kelajuan internet pelanggan Telekom Malaysia kini pulih seperti sedia kala.

Kepada pelanggan TM adakah anda menyedari perkhidmatan internet anda sudah kembali kepada normal?


TIPS & ULASAN