LG G5 SE Hadir Dengan Snapdragon 652 Dan Memori 3GB RAM
LG

LG G5 SE Hadir Dengan Snapdragon 652 Dan Memori 3GB RAM

Diterbitkan pada Apr 22, 2016 oleh .

LG G5 telah dilancarkan pada Mobile World Congress bulan Februari yang lepas, dan lanjutan daripadanya, satu lagi variasi telefon pintar telah tertiris, dipanggil sebagai LG G5 SE. Kini, peranti tersebut secara rasminya telah pun menghadirkan diri pada laman rasmi LG di Russia.

LG G5

Dengan penggunaan nama SE sebelum ini seperti pada iPhone SE, ramai menjangka ia akan menawarkan kuasa pemprosesan sama pada peranti bersaiz kecil. Namun, sebaliknya, LG menawarkan rekaan bersaiz sama untuk LG G5 SE, tetapi hadir dengan spesifikasi sedikit rendah.

LG G5 dan LG G5 SE hadir dengan rekaan dan penawaran serupa, dan apa yang membezakan adalah hanya penggunaan cip Snapdragon 652 dan juga memori 3GB RAM. LG G5 SE juga tiada sokongan rangkaian LTE seperti LG G5. Selain daripada perbezaan ini, perkara lain yang ditawarkan adalah lebih kurang sama – termasuk sokongan modular.

LG G5

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak LG Malaysia akan membawa masuk LG G5 mahupun LG G5 SE ini ke pasaran Malaysia ataupun tidak.


TIPS & ULASAN