Cari @ Amanz

Facebook sering membuat perubahan pada News Feed mereka dalam memastikan para pengguna dapat mengikuti apa yang mereka kehendaki dan pada masa yang sama tidak terlepas sebarang perkara yang penting.

Terkini, Facebook mula memperkenalkan kemaskini baru pada News Feed, dimana mereka mengambil kira masa yang dihabiskan pada sesuatu perkongsian – terutamanya pautan, dan memaparkan pautan sama ada ke web atau Instant Articles yang dilayari lebih lama oleh pengguna berbanding pautan lain.

Facebook Instant Articles

Facebook juga dilihat akan mengurangkan paparan sesuatu perkongsian pautan daripada sumber yang sama dalam memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna. Ini sekaligus membolehkan pengguna melihat lebih banyak perkongsian berbeza pada News Feed mereka.

Seperti biasa, dengan perubahan algoritma baru, mungkin terdapat Facebook Page yang menerima impak positif ataupun negatif.

Pengenalan perubahan algoritma baru ini adalah secara berperingkat, dan dijangka akan membolehkan paparan perkongsian yang lebih berkualiti di News Feed berbanding dengan artikel berbentuk clickbait.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd