Tekken X Street Fighter diumumkan pada tahun 2010 dan ia memenuhi kehendak peminat siri permainan ini yang mahu melihat pertembungan watak kegemaran mereka. Siapa lebih berkuasa? Ryu ataupun Jin Kazama? Fei Long ataupun Marshall Law? E Honda ataupun Kuma? Selepas enam tahun akhirnya nasib permainan ini akhirnya diketahui. Penerbit permainan ini Katsuhiro Harada mengesahkan pembangunannya dihentikan buat sementara di dalam temubual dengan Gamespot.
Ia dihentikan kerana buat masa ini Namco Bandai sedang menumpukan perhatian kepada Tekken 7. Capcom pula baru sahaja melancarkan Street Fighter V. Kedua-dua pemegang siri tidak mahu permainan yang menggabungkan dua permainan beat em up paling popular dunia ini mencuri perhatian peminat dari siri asal. Sungguhpun dihentikan ini tidak bermakna Tekken X Street Fighter tidak akan dihasilkan. Sebaliknya menurut Katsuhiro Harada ia mungkin akan dilancarkan apa tiba masa yang sesuai. Nampaknya permainan ini menjadi seakan Duke Nukem Forever. Sebagai peminat kami hanya berharap apabila ia akhirnya menemui peminat ia tidak akan menghampakan seperti Duke Nukem Forever.