Astro Akan Tayangkan ESL ONE Manilla 2016 Secara Percuma Untuk Dua Hari Ini

Astro Akan Tayangkan ESL ONE Manilla 2016 Secara Percuma Untuk Dua Hari Ini

Diterbitkan pada Apr 23, 2016 oleh .

ESL ONE Manilla 2016 merupakan salah satu kejohanan Dota 2 terkemuka dan popular, dan pada tahun ini mereka akan membawa lapan pasukan dari seluruh dunia untuk bertanding memenangi kejohanan tersebut. Hadiah berjumlah USD$250,000 disediakan untuk pemenangnya.

ESL ONE Manila 2016 LIVE

Astro, seperti beberapa kali sebelum ini turut tidak ketinggalan dan akan tayangkan siaran langsung kejohanan ini melalui saluran Astro SuperSport Plus Channel 808. Disamping itu, Astro juga akan menawarkan ia melalui Astro On-The-Go untuk pengguna menikmatinya melalui aplikasi mudah-alih pada peranti iOS dan Android.

Bagi anda yang meminati kejohanan Dota 2, anda boleh mengikutinya di saluran 808 di Astro bermula 11 pagi hari ini, dan seterusnya bermula 12 tengah hari esok, 24 April untuk melihat perlawanan Semi Final dan Grand Final.


TIPS & ULASAN