Microsoft telah sedia mengumumkan mereka akan mengurangkan penggunaan ruangan percuma pada perkhidmatan storan awan mereka, OneDrive. Sebelum ini, mereka menawarkan ruangan percuma 15GB yang turut hadir bersama-sama dengan ruangan bonus apabila pengguna memuat-naik gambar melalui aplikasi pada peranti mudah-alih.
Melalui kemaskini baru, ruangan percuma berkenaan dikurangkan menjadi hanya 5GB sahaja.
Selepas mengumumkannya pada penghujung tahun lepas, kini Microsoft mengesahkan mereka akan mula mengimplementasikannya bermula daripada 27 Julai 2016 ini. Dengan perubahan ini juga, tiada lagi bonus untuk Camera Roll yang ditawarkan pada OneDrive.
Seperti biasa, pengguna masih boleh mendapatkan ruangan tambahan dengan membuat bayaran bulanan sebanyak $1.99 sebulan untuk mendapatkan ruangan 50GB pada OneDrive.
Selain daripada OneDrive, terdapat beberapa alternatif lain yang tidak kurang popular, termasuk Dropbox dan Google Drive.