DeWalt MD501 – Telefon Pintar Tahan Lasak Kalis Air Untuk Sektor Pembinaan
Artikel Berkaitan

DeWalt MD501 – Telefon Pintar Tahan Lasak Kalis Air Untuk Sektor Pembinaan

Diterbitkan pada Apr 24, 2016 oleh .

Apabila bercakap mengenai peranti tahan lasak dan kalis air, jenama yang sering dikaitkan ialah Caterpillar. Caterpillar Cat S60 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu mampu menahan hentakan terjatuh dari ketinggian 1.8 Meter dan terbenam di dalam air sedalam 5 meter. Kini muncul sebuah lagi syarikat yang menghasilkan peranti pintar tahan lasak untuk sektor pembinaan. DeWalt, syarikat yang lebih terkenal sebagai jenama gerudi elektrik kini menghasilkan DeWalt MD501.

DEWALT-MD501 aPeranti pintar Android 5.1 tahan lasak ini mempunyai ketahanan kalis air IP68 dan tahan hentakan mengikut standard MIL STD 801G. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5″ HD, pemproses MediaTek MT6733, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kamera utama ialah sebesar 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri sebesar 3950 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi. Selain daripada itu peranti ini juga mahu berfungsi di dalam julat suhu -20 sehingga 60 darjah Celsius. Kerana ia digunakan di kawasan pembinaan, pembesar suara yang lebih kuat dari biasa turut disertakan. Harga jualan DeWalt MD501 ialah $544 (~RM 2125) sebuah.

Jadi mengapakah DeWalt secara tiba-tiba menghasilkan telefon pintar? Baru-baru ini Black & Decker menghasilkan peralatan pembinaan pintar yang boleh dikawal menggunakan aplikasi Android. DeWalt ialah anak syarikat di bawah Black & Decker. Menerusi aplikasi ini peralatan elektrik seperti gerudi boleh dipantau tahap bateri dan dinyahaktifkan bagi mengelakkannya digunakan oleh orang lain selain pemilik.


TIPS & ULASAN