Cari @ Amanz

Jepun ialah negara yang maju dan bertanggungjawab menghasilkan pelbagai peralatan elektronik moden. Mereka juga sebuah negara yang dipenuhi dengan individu yang mempunyai pelbagai idea aneh dan unik. Kayu selfie yang dahulunya dianggap ciptaan sia-sia orang Jepun kini digunakan seluruh dunia bagi memudahkan mengambil gambar. Kini wujud sebuah lagi idea aneh dari Jepun. Sazae Radio ialah radio yang dihasilkan dari cangkerang siput.

Sazae-Radio-2Radio siput ini dihasilkan oleh BayFM, sebuah stesen radio bagi menyambut ulang tahun ke-90 radio mula diperkenalkan di Jepun. Untuk mendengar radio, cangkerang yang sudah diubahsuai ini dilekapkan ke telinga seperti mendengar deruan laut. Terdapat butang kawalan suara dan menukar stesen radio. Hanya 100 radio edisi terhad ini akan dihasilkan dengan harga jualan Yen 3980 (~RM 139) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd