Mi Band 2 Dengan Skrin LCD Terbina Diperlihatkan

Mi Band 2 Dengan Skrin LCD Terbina Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 25, 2016 oleh .

Mi Band ialah peranti boleh-pakai yang paling mampu milik di pasaran dengan harga jualan bermula RM 59 untuk edisi paling asas. Mi Band Pulse dengan pengimbas nadi baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM 79 sepasang. Ianya mampu milik kerana tidak dilengkapi skrin seperti peranti boleh-pakai yang lain. Pengguna perlu menggunakan aplikasi khas untuk melihat jumlah langkah diambil dan kadar denyutan nadi. Kerana ketiadaan skrin, hayat Mi Band ini boleh mencecah sehingga 30 hari.

Lei-Jun-Mi-Band-LCDKepada yang mahukan peranti boleh-pakai Xiaomi yang dilengkapi skrin anda tidak perlu menunggu lama. Lei Jun, CEO Xiaomi memperlihatkan Mi Band 2 dengan skrin LCD menerusi laman media sosial beliau. Dari gambar jelas kelihatan ia mengekalkan rekaan tali silikon asal dan modul baru ini juga boleh dikeluarkan. Dengan rekaan baru ini Mi Band boleh berfungsi sebagai jam pintar dan pastinya akan menjadi antara jam pintar paling mampu milik di pasaran kelak.


TIPS & ULASAN