Cari @ Amanz

Chrome OS merupakan sistem operasi berasaskan pelayar web Chrome yang telah ditawarkan oleh Google sekian lama, malah terdapat beberapa komputer riba berasaskan Chrome OS yang ditawarkan di Malaysia.

Sebelum ini, kita sedia melihat beberapa desas-desus mengenai sokongan aplikasi Android pada Chrome OS, malah boleh mencubanya sendiri pada komputer riba masing-masing. Kini, bergerak ke hadapan, ia didapati Google telah mula mengintegrasikan beberapa perkara pada Chrome OS, termasuk memperlihatkan integrasi Google Play Store pada Chrome OS.

Google Play Store Chrome OS

Sekiranya benar Google akan menggunakan Play Store pada Chrome OS, apa yang menjadi tanda tanya adalah mengenai Chrome Web Store. Seperti ramai sedia maklum, kedai aplikasi Chrome berkenaan telah sekian lama tidak dikemaskini – dan tidak mustahil juga pihak Google mematikannya memandangkan lebih ramai menggunakan Play Store, dan lebih banyak integrasi bayaran yang telah dilakukan padanya.

Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai perkara ini pada acara Google I/O akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd