Telefon Pintar Huawei Seterusnya Akan Menggunakan Skrin 2K

Telefon Pintar Huawei Seterusnya Akan Menggunakan Skrin 2K

Diterbitkan pada Apr 25, 2016 oleh .

Huawei sebelum ini telah menekankan mereka lebih berminat dengan skrin 1080p memandangkan penggunaan untuk skrin 2K masih tidak menjadi keperluan ketika tahun lepas. Kini, dengan Huawei yang telah memperkenalkan peranti realiti-maya mereka, Huawei VR, pengeluar dari China berkenaan turut mengatakan telefon pintar mereka yang seterusnya akan menggunakan skrin 2K.

Huawei Mate 8

Penggunaan skrin 2K pada peranti mudah-alih bukan sesuatu yang baru, malah telah dilaksanakan oleh beberapa pengeluar lain. Huawei mengatakan kini mereka memilih untuk menggunakannya kerana penawaran realiti-maya, dan skrin resolusi tinggi akan menawarkan pengalaman yang lebih baik.

Huawei tidak mengatakan apakah telefon pintar seterusnya mereka itu. Memandangkan mereka telah sedia memperkenalkan Huawei P9, maka mungkin kita akan melihat implementasi skrin 2K ini pada keluarga Mate kelak.


TIPS & ULASAN