Video Antaramuka MIUI 8 Diperlihatkan – Turut Akan Dilancarkan 10 Mei Ini

Video Antaramuka MIUI 8 Diperlihatkan – Turut Akan Dilancarkan 10 Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 25, 2016 oleh .

Sebuah lagi berita dari Xiaomi hari ini dan kali ini ia berkenaan pelancar MIUI 8 mereka.  Video yang menunjukkan antaramuka baru pelancar ini diperlihatkan secara rasmi dan ia perubahan besar berbanding pada MIUI 7. Notifikasi dan pintasan pantas kepada beberapa fungsi peranti kini hadir di dalam talam notifikasi yang sama. Sebelum ini ia dipisahkan kepada dua skrin berbeza. Tambahan lagi ia kini berwarna putih dan bukan lagi berwarna hitam seperti sekarang. MIUI 8 akan dilancarkan serentak dengan Xiaomi Max dan Mi Band 2 yang mempunyai LCD terbina.


TIPS & ULASAN