Rekaan Honor V8 Tertiris Memaparkan Tubuh Logam, Kamera Berkembar Dan Warna Emas Merah Jambu

Rekaan Honor V8 Tertiris Memaparkan Tubuh Logam, Kamera Berkembar Dan Warna Emas Merah Jambu

Diterbitkan pada Apr 25, 2016 oleh .

Seperti Xiaomi, Huawei akan mengadakan acara pelancaran peranti pada 10 Mei akan datang. Honor V8 ialah sebuah lagi peranti keluaran mereka dengan kamera belakang berkembar selepas Huawei P9 dan Honor 6 Plus. Gambar peranti baru ini tertiris selepas memasuki pangkalan data TENAA di China. Dari laman peranti kita kini mengetahui akan terdapat dua versi V8 dengan Android Marshmallow bakal dipasarkan. Model pertama mempunyai skrin 5.7″ QHD, pemproses 2.5 GHz lapan teras, RAM 4 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte.

Huawei-V8-tertiris-TENAA

Model kedua mempunyai skrin 5.7″ FHD, pemproses 2.3 GHz lapan teras, RAM 4 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kedua-dua model akan mempunyai badan diperbuat daripada logam dan pengimbas cap jari pada panel belakang. Kemampuan optik pula ialah kamera berkembar 12 Megapixel pada bahagian belakang dan 8 Megapixel pada bahagian hadapan. Dari segi bateri pula kedua-duanya juga dilengkapi bateri sebesar 3400 mAH.


TIPS & ULASAN