Meizu m3 Diperkenalkan – Telefon Pintar 5-inci Dengan Penawaran Fungsi Asas

Meizu m3 Diperkenalkan – Telefon Pintar 5-inci Dengan Penawaran Fungsi Asas

Diterbitkan pada Apr 25, 2016 oleh .

Meizu agak sibuk sepanjang bulan April 2016 ini. Selepas memperkenalkan Meizu M3 Note dan juga Meizu Pro 6, hari ini mereka turut telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Meizu m3.

Meizu m3 merupakan telefon pintar berspesifikasi asas daripada Meizu, dan merupakan kemaskini kepada Meizu m2 sebelum ini. Berbeza dengan Meizu m3 Note, ia menawarkan saiz skrin sedikit kecil, iaitu hanya 5-inci dengan paparan HD (720×1280 pixel).

Meizu m3

Menjana telefon pintar ini adalah cip lapan-teras MediaTek MT6750, dan memori dalam pilihan 2GB RAM atau 3GB RAM.

Untuk merakamkan gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel f/2.2, dan kamera hadapan 5-megapixel. Sokongan 4G LTE turut disertakan, dan menguasakan peranti ini adalah bateri berspesifikasi 2870mAh.

Versi asas Meizu m3 2GB RAM/16GB storan dijual pada harga RMB599 (~RM360), sementara versi 3GB RAM/32GB storan dijual pada harga RMB799 (~RM481). Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN