Microsoft Menerbitkan Word Flow Untuk iPhone – Terhad Untuk Amerika Syarikat Buat Masa Ini

Microsoft Menerbitkan Word Flow Untuk iPhone – Terhad Untuk Amerika Syarikat Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Apr 25, 2016 oleh .

Word Flow merupakan salah satu papan kekunci yang popular pada platform Windows Phone sebelum ini, dan pihak Microsoft telah mula menawarkan versi pembangunan beta untuk pengguna iPhone sebelum ini. Kini, selang beberapa minggu, aplikasi berkenaan telah pun diterbitkan di Apple AppStore.

WordFlow iOS

Word Flow untuk iPhone menawarkan kebolehan meramal perkataan yang anda ingin taip dan membuat pembetulan terhadap ke atas sebarang kesilapan ketika pengguna menaip. Disamping itu, pengguna turut boleh mengubah paparan latar menggunakan gambar yang diinginkan.

WordFlow juga turut memudahkan pengguna untuk membuat input menggunakan hanya sebelah tangan. Buat masa ini, Microsoft hanya menawarkan ia dengan sokongan bahasa Inggeris sahaja, dan hanya diterbitkan di AppStore untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah pengguna seluruh dunia akan dapat muat-turunnya.

AppStore : Word Flow untuk iPhone


TIPS & ULASAN