Apple Watch Akan Datang Dikatakan Mungkin Menyertakan Sokongan Selular

Apple Watch Akan Datang Dikatakan Mungkin Menyertakan Sokongan Selular

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Apple Watch merupakan jam tangan pintar daripada Apple yang telah mula dijual sejak tahun lepas (tahun 2016 di Malaysia), dan baru-baru ini telah menerima potongan harga. Apple dijangka mengemaskini jam tangan pintar mereka tidak lama lagi, dan beberapa desas-desus berkaitan dengannya telah kedengaran sejak sebelum ini.

Terkini, hari ini WSJ melaporkan yang mana Apple mungkin akan menambah sokongan selular pada jam tangan akan datang mereka, disamping melengkapkannya dengan cip pemprosesan yang lebih pantas.

Sokongan selular pada jam tangan bukan sesuatu yang baru. Pihak Samsung dan LG telah mengintegrasikan pada jam tangan mereka sebelum ini, membolehkan pengguna menggunakannya tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar. Ia tidak diketahui sama ada Apple akan menggunakan e-SIM pada jam tangan pintar mereka kelak, atau menyertakan ruangan SIM bersaiz nano seperti pengeluar yang lain.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah jam tangan generasi baru Apple akan diperkenalkan.


TIPS & ULASAN