Facebook Sedang Membangunkan Aplikasi Kamera Untuk Mengalakkan Perkongsian

Facebook Sedang Membangunkan Aplikasi Kamera Untuk Mengalakkan Perkongsian

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Facebook mempunyai beberapa penawaran aplikasi berasingan dengan fungsi yang spesifik. Terkini, dalam lebih mengalakkan pengguna berkongsi gambar dan video pada platform sosial terkemuka berkenaan, Facebook dikatakan sedang membangunkan sebuah aplikasi kamera berasingan.

Projek yang masih pada fasa awal ini tidak diketahui sama ada akan dilancarkan kepada umum ataupun sebaliknya. Melaluinya, selain perkongsian gambar dan video, fungsi lain seumpama Snapchat turut dikatakan diintegrasikan – disamping kebolehan membuat siaran langsung terus dengan mudah melaluinya.

Facebook sebelum ini sendiri telah bereksperimen dan menerbitkan beberapa aplikasi dengan fokus utama terhadap kamera – tetapi ia tidak menghasilkan sesuatu yang bagus. Aplikasi Facebook Camera juga turut pernah dilancarkan sekitar 2012 yang lepas, tetapi ia turut dimatikan selepas beberapa tahun.

Pembangunan projek baru ini hadir lanjutan daripada laporan mengatakan perkongsian di Facebook yang semakin merudum dan melalui aplikasi yang menawarkan fungsi seumpama Snapchat dan Periscope ini, Facebook menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengguna aktif pada platform mereka.


TIPS & ULASAN