North Face Access – Beg Galas Direka Khas Untuk Pemilik Pelbagai Peranti

North Face Access – Beg Galas Direka Khas Untuk Pemilik Pelbagai Peranti

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Beg galas sudah wujud ribuan tahun dan digunakan oleh nenek moyang kita untuk membawa peralatan memburu serta bekalan makanan. Rekaan asasnya tidak banyak berubah dan terdapat ribuan beg galas di pasaran yang boleh anda beli. North Face Access ialah beg galas yang direka khas untuk dunia pasca PC yang memerlukan anda membawa lebih daripada satu peranti pada satu-satu masa. Ia mempunyai ruang khas untuk komputer riba, tablet, telefon pintar dan kesemua peralatan mengecas.

North-Face-Access 2Apa yang kami rasakan menarik ialah ruang simpanan utama mempunyai rekaan clamshell yang terbuka dengan pantas kerana tidak menggunakan zip. Dengan hanya menekan satu butang ia akan terbuka. Rekaan cangkerang ini juga melindungi peranti dari mengalami kerosakan. Kedua ruang simpanan komputer riba mempunyai tali khas yang menolak komputer riba keluar. Ucapkan selamat tinggal kepada aksi membuka zip dan mengorek keluar komputer riba anda dengan beg ini. Harga jualan ialah $235 (~RM 923) sebuah.


TIPS & ULASAN