Rifle APU – Cip Pemproses Buatan Xiaomi Mungkin Diperlihatkan Bulan Hadapan

Rifle APU – Cip Pemproses Buatan Xiaomi Mungkin Diperlihatkan Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Xiaomi ialah pengeluar yang benar-benar “merosakkan” dunia peranti pintar kerana menunjukkan peranti yang baik tidak seharusnya dijual pada harga mencekik darah. Peranti keluaran mereka dijual pada harga yang amat mampu milik dan kerap kali mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding peranti lebih mahal keluaran pesaing. Ura-ura mereka bakal menghasilkan pemproses mereka sendiri sudah kami laporkan pada Ogos 2015. Kini kedengaran ura-ura terkini mengatakan pemproses buatan mereka sendiri yang diberi nama Rifle APU akan diperlihatkan bulan hadapan.

XiaomiDengan penghasilan pemproses mereka sendiri, Xiaomi mengikuti langkah Samsung dan Huawei yang turut menghasilkan pemproses Exynos dan Kirin mereka. Selama ini Xiaomi bergantung kepada Qualcomm dan MediaTek bagi membekalkan pemproses. Berita baik disini ialah ini akan menjadikan peranti Xiaomi semakin mampu milik. Berita kurang baik pula ialah adakah pemproses keluaran mereka akan mempunyai kemampuan sebaik Snapdragon dan Exynos? Penggunaan pemproses natif ini juga akan menyukarkan proses penghasilan custom ROM di masa hadapan. Adakah anda berminat membeli peranti Xiaomi dengan pemproses Rifle APU?


TIPS & ULASAN