HTC Desire 830 Tertiris – Skrin 5.5 Inci Dan Pemproses MediaTek MT6753
HTC

HTC Desire 830 Tertiris – Skrin 5.5 Inci Dan Pemproses MediaTek MT6753

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

HTC 10 yang dilancarkan dua minggu yang lalu mendapat perhatian dunia kerana mempunyai rekaan yang menarik, pemproses yang berkuasa dan akhirnya kamera yang sesuai untuk sebuah peranti utama. Harga jualannya yang mencecah $700 adalah di luar kemampuan ramai pengguna. Kepada yang mahukan peranti yang lebih mampu milik, HTC nampaknya akan melancarkan HTC Desire 830. Rekaan peranti ini tertiris dan begitu juga dengan spesifikasinya.

HTC-Desire-830 2Ia mempunyai skrin 5.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek MT6753, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Peranti ini mempunyai tubuh yang diperbuat dari plastik dan dilengkapi pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Sokongan pengimbas cap jari juga nampaknya tidak disertakan. Pasaran sekarang sudah dipenuhi peranti kelas pertengahan dengan rekaan logam dan pengimbas cap jari. Rekaan Desire 830 ini nampaknya seperti tidak menyedari trend terkini dan kehendak pasaran.


TIPS & ULASAN