Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk media-media di Asia Tenggara untuk pelancaran sebuah produk baru. Huawei tidak menyatakan apakah produk baru yang bakal dilancarkan, tetapi ia menggunakan tanda “#OO” seperti mana yang digunakan pada bahan promosi Huawei P9 sebelum ini.

Penggunaan #OO memberikan tanda penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang. Ia menggunakan teknologi yang disahkan oleh Leica, menawarkan kualiti rakaman gambar yang cantik melaluinya pada pelbagai keadaan cahaya.

Huawei P9

Huawei P9 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, dijana menggunakan cip Kirin 955 dan memori 4GB RAM (turut hadir dalam variasi 3GB RAM). Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera 12-megapixel dengan teknologi dwi-kamera pada bahagian belakang, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Sokongan pengimbas cap jari turut disertakan, disamping menggunakan pengecas berasaskan USB Type-C.

Huawei menjadualkan pelancarannya di rantau Asia Tenggara pada 5 Mei 2016, di Indonesia. Seperti biasa, kami akan berada di sana untuk membawakan liputan langsung dan info berkaitan penawarannya untuk Malaysia. Mungkin juga kita akan dapat melihat Huawei memperlihatkan Huawei P9 Lite dan Huawei P9 Max pada acara sama, selain Huawei P9 dan Huawei P9 Plus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd