Alcatel Flash Plus 2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi Dengan Fokus Pengecasan Pantas

Alcatel Flash Plus 2 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi Dengan Fokus Pengecasan Pantas

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Alcatel mempunyai penawaran beberapa peranti dibawah mereka, dan terkini mereka dilihat dalam persiapan untuk melancarkan Flash Plus 2, kemaskini kepada peranti Alcatel Flash Plus yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2015 yang lepas.

Alcatel Flash Plus 2

Alcatel Flash Plus 2
ini bakal dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10 – yang mana merupakan salah satu cip pemprosesan berkuasa daripada MediaTek. Apa pun, salah satu perkara yang menjadi tarikan utama pada peranti ini adalah kebolehan pengecasan pantas pada peranti ini – dikatakan menawarkan kelajuan pengecasan sehingga 3 kali lebih pantas berbanding penawaran pengecasan 5V 1Ahm dipasaran hari ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran Alcatel Flash Plus 2 masih tidak diketahui lagi. Dengan beberapa info awal yang telah tertiris ini, mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN