Maxis Menawarkan Data 2GB Percuma Setiap Hujung Minggu Untuk Pengguna Pelan Hotlink Fast

Maxis Menawarkan Data 2GB Percuma Setiap Hujung Minggu Untuk Pengguna Pelan Hotlink Fast

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Selepas mengumumkan pelan baru pascabayar pada minggu lepas, kini Maxis tidak lagi menantikan tempoh yang lama untuk memperkenalkan penawaran baru untuk pengguna prabayar. Maxis hari ini mengumumkan beberapa penawaran baru untuk pengguna pelan Holtink Fast, termasuk penawaran 8GB secara percuma setiap bulan.

Data sebanyak 8GB ini ditawarkan secara percuma dalam pecahan 1GB setiap Sabtu dan Ahad. Ini bermakna, pengguna akan menerima 1GB pada hari Sabtu dan 1GB pada hari Ahad. Penawaran ini disediakan oleh Maxis untuk pengguna pelan Hotlink Fast untuk sepanjang hayat.

Hotlink Fast

Maxis mengatakan pengguna tidak perlu melakukan sebarang tambah-nilai minimum, sebaliknya hanya perlu memastikan akaun mereka sentiasa aktif sahaja. Dan penawaran data percuma ini adalah terhad untuk digunakan bersama-sama rangkaian 4G LTE sahaja. Ini bermakna, pengguna Hotlink yang beralih ke pelan Hotlink Fast perlu memastikan mereka menggunakan kad SIM 4G LTE untuk menikmati penawaran data percuma setiap penghujung minggu ini.

Disamping itu juga, Hotlink turut menawarkan pakej langganan 5GB pada harga RM48 sebulan, selain pakej langganan harian pada harga hanya RM3 untuk 1GB. Maxis turut menawarkan akses data percuma untuk menggunakan Waze, WhatsApp, Google Maps, WeChat dan juga Line. Untuk panggilan suara pula, caj 12 sen dikenakan untuk tempoh 30 saat, sementara 12 sen untuk satu SMS.

Pengguna yang berminat oleh mendapatkan kad-SIM Hotlink Fast hari ini, atau untuk pengguna Hotlink sedia ada boleh mengubah ke pelan Hotlink Fast ini melalui aplikasi Hotlink Red.

Layari : Hotlink Fast


TIPS & ULASAN