Starbucks Kini Menawarkan Papan Kekunci Emoji Untuk Android Dan iOS

Starbucks Kini Menawarkan Papan Kekunci Emoji Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Starbucks merupakan salah satu jenama kafe yang tidak asing bagi kebanyakkan pengguna seluruh dunia. Terkini, dengan perkembangan arena digital, Starbucks turut telah hadir dengan penawaran mereka tersendiri untuk peminat mereka – iaitu papan kekunci emoji bertemakan penawaran produk mereka.

Starbucks Keyboard

Melalui papan kekunci emoji ini, anda boleh menghantar emoji berkenaan dengan Starbucks kepada rakan-rakan anda yang lain di Facebook Messenger, WhatsApp, dan sebagainya.

Seperti biasa, untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat-turun terlebih dahulu aplikasi Starbucks Keyboard untuk Android atau iOS, seterusnya mengaktifkan papan kekunci berkenaan dan mula menghantar emoji berkenaan kepada rakan-rakan anda.

Muat-Turun Starbucks Keyboard untuk Android

Muat-Turun Starbucks Keyboard untuk iOS


TIPS & ULASAN