Dropbox Memperlihatkan Project Infinite – Memaparkan Kandungan Di Awan Terus Pada Desktop

Dropbox Memperlihatkan Project Infinite – Memaparkan Kandungan Di Awan Terus Pada Desktop

Diterbitkan pada Apr 26, 2016 oleh .

Dropbox merupakan salah satu perkhidmatan storan awan yang popular, dan digunakan ramai untuk menyimpan data dan mengaksesnya pada sebarang peranti mereka. Dropbox turut menawarkan perisian desktop mereka untuk memudahkan pengguna sync fail dari awan terus ke desktop, dan mengaksesnya dengan mudah.

Dropbox Infinite

Sehingga kini, ketika sync atau ketika ingin dipaparkan pada desktop, pengguna perlu memuat-turun terlebih dahulu pelbagai fail yang disimpan – dan ini mungkin tidak digemari ramai, terutamanya mereka yang menggunakan komputer dengan storan bersaiz kecil atau terhad.

Untuk mengatasi perkara ini, kini Dropbox sedang membangunkan sebuah projek tersendiri, dinamakan sebagai Project Infinite. Melaluinya, mereka ingin membolehkan pengguna melihat pelbagai fail yang disimpan pada Dropbox terus pada desktop – tanpa perlu memuat-turunnya. Dan sekiranya sesuatu dokumen tersebut ingin diakses, pengguna hanya perlu membukanya seperti biasa, dan ia akan dimuat-turun ketika itu serta-merta.

Seperti biasa, pengguna masih boleh memilih untuk memuat-turun dan membolehkan ia untuk diakses secara luar-talian dengan mudah.

Project Infinite ini diperlihatkan boleh beroperasi tanpa masalah pada Windows dan juga Mac.

Buat masa ini, ia masih dalam pembangunan dan Dropbox tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan diperkenalkan kepada pengguna umum.


TIPS & ULASAN