Cari @ Amanz

HTC baru sahaja telah memperkenalkan HTC 10 beberapa minggu lepas, iaitu telefon pintar utama mereka untuk tahun 2016 ini. Peranti berkenaan belum mula dijual lagi, dan bergerak pantas, kini HTC turut telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru iaitu HTC One S9.

HTC One S9

HTC One S9 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip lapan teras MediaTek Helio X10, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 4-megapixel. Seperti telefon pintar utama mereka tahun lepas, peranti ini menyertakan sokongan BoomSound, serta hadir terbina dengan Android 6.0 Marshmallow.

Buat masa ini, ia hanya disenaraikan di Jerman sahaja, dan berharga €499 (~RM2209). Pada kadar tukaran wang, boleh dikatakan penawaran harga peranti ini agak mahal jikalau dibandingkan dengan pelbagai peranti lain pada spesifikasi yang lebih kurang sama. Jikalau ia ditawarkan di Malaysia, tidak mustahil pengguna lebih memilih telefon utama HTC tahun lepas, ataupun menantikan sahaja HTC 10 yang baru daripada membelinya pada harga yang tinggi ini,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd