Instagram boleh dikatakan telah menggunakan rekaan sedia ada untuk suatu masa yang sangat lama berbanding beberapa perkhidmatan lain yang telah berevolusi kepada rekaan baru. Terkini, tidak ingin ketinggalan sama, Instagram dilihat sedang menguji rekaan aplikasi baru mereka yang memfokuskan hanya kepada penggunaan warna hitam dan putih.
Daripada rekaan baru ini, ia memperlihatkan suatu rekaan yang lebih moden dan kemas, dan pada masa yang sama tidak begitu menganggu pengguna. Rekaan hitam putih ini juga memberikan lebih fokus kepada gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan lain, dan menjadikan gambar yang dikongsikan berkenaan lebih menyerlah.
Buat masa ini, Instagram melabelkan rekaan hitam putih ini sebagai sekadar rekaan ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya.
Bagi anda, adakah anda mengemari rekaan sedia ada atau lebih menyukai rekaan hitam putih ini?