Cari @ Amanz

BlackBerry telah memulakan ujian beta untuk Android 6.0 Marshmallow beberapa minggu yang lepas, dan kini mereka telah mengumumkan penawaran versi stabil untuk semua pengguna BlackBerry Priv seluruh dunia yang akan dilakukan secara berperingkat bermula minggu hadapan.

Android 6.0 Marshmallow menyertakan sejumlah fungsi baru yang menarik, termasuk penggunaan Now on Tap, penggunaan bateri yang lebih dioptimasikan, kemaskini pada antaramuka, kawalan privasi, dan pelbagai fungsi baru lain.

BlackBerry sendiri turut menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan papan kekunci yang ditambah-baik dan berfungsi lebih seperti Swiftkey, membolehkan pengguna meluncurkan jari dari satu huruf ke yang lain untuk membolehkan ia meramalkan serta menaip sesuatu perkataan dengan pantas.

BlackBerry Hub juga turut ditambah baik untuk memperlihatkan notifikasi daripada pelbagai laman sosial yang lain, termasuk Instagram, Skype dan juga Pinterest. Disamping itu, BlackBerry mengatakan mereka kini membolehkan pengguna membuat penyulitan untuk kad memori, selain lebih kawalan kepada kebenaran aplikasi. Untuk kamera pula, BlackBerry kini membolehkan rakaman video pada kadar 24fps, selain rakaman video gerak perlahan.

Kemaskini baru ini akan hadir kepada semua pengguna BlackBerry Priv secara berperingkat bermula minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd