AMD Memperkenalkan Radeon Pro Duo – Menyasarkan Pembangun Kandungan Realiti-Maya

AMD Memperkenalkan Radeon Pro Duo – Menyasarkan Pembangun Kandungan Realiti-Maya

Diterbitkan pada Apr 27, 2016 oleh .

Pelbagai maklumat berkaitan AMD Radeon Pro Duo telah kedengaran sebelum ini, dan terkini, hari ini pihak AMD secara rasminya melancarkan AMD Radeon Pro Duo. Secara keseluruhan, kad grafik ini lebih menyasarkan pembangun dan penerbit kandungan realiti-maya yang inginkan kuasa pemprosesan grafik yang tinggi, berbanding dengan para pemain permainan video.

AMD Radeon Pro Duo

AMD Radeon Pro Duo membawakan gabungan dua Radeon R9 Nanos pada satu PCB yang sama. Rekaan PCB pada kad grafik ini adalah lebih kecil berbanding kebiasaan disebabkan oleh penggunaan memori HBM oleh AMD. Dengan penggunaan dua GPU juga, ini sekaligus membolehkan para pembangun membangunkan kandungan realiti-maya dengan memfokuskan satu GPU untuk sebelah mata. Hal ini turut dijayakan melalui penggunaan Liquid VR daripada AMD untuk pembangun kandungan realiti-maya.

AMD Radeon Pro Duo ini menawarkan kelajuan GPU sehingga 1000MHz, dan pada masa yang sama turut menggunakan tenaga yang lebih tinggi – iaitu 350W. AMD turut melabelkan kad grafik ini sebagai kad grafik permainan yang paling pantas di dunia pada hari ini.

AMD Radeon Pro Duo

Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun dan memfokuskan arena realiti-maya, mungkin anda boleh mendapatkan penawaran terbaru AMD ini pada harga mencapai $1500. Sebaliknya, sekiranya anda merupakan pengguna, mungkin kita boleh sama-sama nantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh AMD dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN