Jualan iPhone Mengalami Penyusutan Buat Pertama Kali Di Dalam Sejarahnya

Jualan iPhone Mengalami Penyusutan Buat Pertama Kali Di Dalam Sejarahnya

Diterbitkan pada Apr 27, 2016 oleh .

Apple iPhone ialah peranti yang dikenali seluruh dunia. Ia akan menyambut ulang tahunnya yang ke-9 Jun hadapan dan kini wujud petanda kepopularannya mula menyusut. Apple melaporkan pengurangan jualan iPhone buat pertama kali di dalam sejarahnya pada suku pertama 2016. Pengurangan adalah agak mendadak iaitu sebanyak 22.5%. Ini turut menyebabkan Apple mencatatkan pengurangan jualan buat pertama kali sejak 2003.

TimCook - Apple

Apple mencatatkan jualan berjumlah $50.6 Billion berbanding $58 Billion pada suku yang sama tahun lalu. Ura-ura sambutan terhadap iPhone berkurangan sudah didengari sejak bulan lalu apabila Apple dilaporkan mengurangkan jumlah produksi iPhone. Antara sebab yang menyumbang kepada pengurangan jualan ialah tidak banyak perbezaan di antara iPhone 6S berbanding model sebelumnya. Pengguna iPhone juga didapati secara purata menukar telefon setiap dua tahun sekali. Penganalisa kini percaya iPhone 7 perlu melakukan perubahan drastik untuk membezakannya dari model terdahulu seterusnya membuat pelanggan tidak teragak-agak untuk membelinya kelak.


TIPS & ULASAN