Snapchat Disaman Kerana Dituduh Menyebabkan Kemalangan

Snapchat Disaman Kerana Dituduh Menyebabkan Kemalangan

Diterbitkan pada Apr 27, 2016 oleh .

Kami agak aktif di media sosial dan menghabiskan puluhan jam setiap hari melayarinya. Satu aplikasi media sosial yang kami kurang aktif ialah Snapchat kerana kami tidak memahami apakah fungsinya untuk seorang penulis yang hampir berusia 40 tahun. Aplikasi ini kini disaman oleh seorang mangsa kemalangan di Amerika Syarikat kerana dituduh menyebabkan kemalangan. Wentworth Maynard menyaman Snapchat di Atlanta, Amerika Syarikat selepas kereta beliau dirempuh dari belakang pada kelajuan 172 kilometer sejam.

Snapchat Sama KemalanganKenapa Snapchat yang disaman dan bukannya pemandu? Wentworth Maynard mendakwa filter Miles Per Hour yang disertakan oleh Snapchat digunakan oleh pemandu ketika kemalangan berlaku. Oleh itu Snapchat bertanggungjawab kerana menyertakan filter yang menggalakkan penggunaan aplikasi ketika kenderaan dipandu laju.

Mangsa kini meminta ganti rugi bagi menanggung kos perubatan dan penjagaan seumur hidup kerana beliau mengalami kecederaan otak yang amat serius. Christal McGee, pemandu yang merodok Wentworth Maynard hanya mengalami kecederaan kecil dan sempat memuat naik gambar beliau selepas kemalangan seperti yang anda lihat di atas.

Pada pendapat anda adakah Wentworth mempunyai sebab yang baik untuk menyaman Snapchat? Bercakap tentang menggunakan peranti, berapa ramaikah di antara pembaca Amanz yang menggunakannya ketika memandu?


TIPS & ULASAN