Carian
Peranti Mengesan Kecergasan Samsung Gear Fit 2 Dan Gear IconX Tertiris
April 27, 2016 Effi Saharudin

Peranti mengesan kecergasan memudahkan pengguna mengesan tahap kesihatan tubuh mereka. Jarak larian, jumlah kalori dibakar, jalan yang diambil dan degupan nadi boleh direkod secara konsisten tanpa perlu sebarang input aktif dari pemakai. Samsung nampaknya mempunyai dua peranti mengesan kecergasan baru dan gambarnya tertiris ke arena web. Peranti kecergasan pertama ialah Samsung Gear Fit 2 yang kini mempunyai fungsi GPS terbina berbanding model terdahulu.  Skrin 1.84″ AMOLED melengkung disertakan dengan tali yang diperbuat daripada silikon.

Samsung-Gear-Fit-2-1

Peranti kedua yang tertiris ialah Gear IconX, sebuah fon telinga dengan sistem pengesan kecergasan terbina. IconX ialah fon telinga tanpa wayar dengan muatan dalaman 4 Gigabyte bagi menyimpan muzik yang ingin didengari ketika bersenam. Ia hadir dengan tempat simpanan merangkap sistem pengecas baterinya sendiri. Bahagian tepi dilengkapi panel sesentuh bagi mengawal permainan muzik. Tiada maklumat diketahui setakat ini.

Samsung-Gear-IconX

Komen